ape bende title tu??
Sebenarnye time cuti mid - sem ari tu aku buat treatment resdung.
Dah tak tahan rasenye. Mcm nk tercabut hidung asyik bersin.
Time dlm exam bersin aku slalu memecah kesunyian lalu membantu mmber jwb paper.
Sekarang nie plak mmber2 kalo dgr bersin kt klas msti suruh aku fight blk.
Ramai dah member2 jadi magsa percikan bersin aku.
Yang x boley dilupakan housemate hostel aku;pateh aiman namenye.
Direct hit aku bg kt die..hahaha..sory yek.
Hopefully treatment kali nie dpt membaikan hidung aku kembali-insyaallah.
SEDIKIT INFO TENTANG RESDUNG
Resdung, sejenis penyakit hidung yang terjadi akibat radang pada membran sinus. Sinus merupakan rongga dalam tulang muka yang mengandungi udara dan permukaannya diselaputi mukosa iaitu kulit yang mengeluarkan mukus atau hingus. Resdung dikatakan berpunca daripada alahan terhadap habuk, pijat, kutu atau makanan tertentu.
Sekiranya penghidap resdung tidak mendapatkan rawatan yang sewajarnya dengan segera, radang pada ruang sinus ini akan merebak dan menyebabkan radang pada tulang tengkorak (osteomyelitis). Radang tersebut seterusnya merebak ke mata menyebabkan kelopak mata membengkak dan sakit. Pandangan menjadi kabur dan adakalanya mata akan menjadi buta.
Di samping itu, radang ini boleh merebak ke tekak, selaput otak yang mengakibatkan meningitis dan ke otak menyebabkan otak bernanah. Penyakit resdung yang tidak dirawat boleh membawa maut!
Punca Resdung
Terdapat beberapa faktor yang telah dikenal pasti sebagai punca resdung. Antara yang utama:
· Jangkitan kuman seperti bakteria dan virus yang berulang kali pada rongga hidung yang kerap menyebabkan seseorang mendapat demam dan selesema. Penyakit resdung ini juga sering dikaitkan dengan ketumbuhan dalam hidung seperti ‘polyps’ dan kanser.
· Struktur tulang hidung yang tidak normal, contohnya patah akibat kemalangan menyebabkan seseorang berisiko mendapat penyakit resdung. Mereka yang mempunyai struktur hidung yang senget (deviated nasal septum) juga berisiko tinggi untuk mendapat resdung.
· Kuman atau bakteria yang berasal dari gigi atas yang sakit atau rosak akan merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinusitis akibat kerosakan gigi.
· Kajian juga menunjukkan tabiat menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar boleh mengakibatkan resdung.
Simptom Resdung
Penghidap resdung biasanya mengalami simpton sinusitis seperti:
· Hidung berhingus, terutama ada benda hitam dalam hingus
· Hidung tersumbat
· Hidung selalu berdarah dan bernanah
· Jerawat di belakang badan
· Rambut gugur dan berkelemumur
· Sakit kepala
· Keletihan dan badan rasa kurang sihat
· Batuk kronik
· Gatal-gatal dan kerap bersin terutamanya pada waktu pagi
· Mata sering berair
· Muka terasa gatal dan tumbuh jerawat bernanah
Petua Mengelakkan Resdung
· Gunakan pembersih hampagas yang baik dan mempunyai penapis yang baik
· Gunakan kain yang lembap untuk mengelap barangan alat perkakasan rumah
· Gunakan penutup hidung semasa mengemas rumah atau perabot
· Elakkan memelihara binatang berbulu dalam rumah seperti kucing dan arnab
· Simpan pakaian dalam almari yang bertutup
· Kurangkan penggunaan permaidani dan set sofa yang diperbuat daripada kain yang memerangkap habuk atau bulu
· Elakkan menggunakan selimut, sarung bantal dan cadar yang diperbuat daripada bulu binatang. Tukar sekurang-kurangnya dua kali seminggu
Rawat Sebelum Parah
Rawatan resdung diberikan bergantung kepada kategori dan tahap penyakit. Kaedah endoskopi digunakan untuk mengesan penyakit resdung. Tiub kecil dan sumber cahaya dimasukkan ke dalam lubang hidung hingga ke rongga sinus yang membolehkan pemeriksaan lebih teliti untuk mengetahui apakah sebenarnya yang terdapat di dalam rongga hingga membawa kepada gejala resdung. Hingus yang pekat dan basi dalam rongga sinus akan disedut keluar.
Pada peringkat yang lebih serius, pembedahan kecil akan dilakukan untuk mengeluarkan daging yang tersumbat di dalam sinus. Daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung membengkak apabila seseorang pesakit mengalami alahan, menyebabkan pengaliran udara serta pengeluaran cecair tidak berlaku secara normal.Resdung tidak berjangkit dan tidak diwarisi. Tetapi masalah alahan yang menjadi salah satu punca resdung boleh diwarisi secara genetik.
Tanpa rawatan segera, penyakit ini akan menyebabkan simptom seperti sakit muka, hidung berhingus, sakit kepala, hidung tersumbat dan badan terasa kurang sihat.
STORY ABOUT TREATMENT AKU PLAK
1. Bro yg mengubat aku bg cotton bud yg telah diletakan ubat air akar kayu.
2. Cotton Bud dimasukan kedalam telinge. Bunyi seperti letupan kecil kedengaran. bermakna ade la resdung.
3. Bro nie da tau aku ade resdung. tapi die nk test lagi. die suruh bau serbuk ape ntah. amik kau...bersin gile2 didepan org ramai.
4. aku wat treatment nie kt expo pe bende ntah kt kluang. Ramai la yg nontonnye.
5. Masuk bilik rawatan, hidung ditembak dengan pincagari berisi air zam2 dan madu.
6. Kepale didongakan ke bwh slame 1 jam lebey.
7. Maka lendiran parasit resdung akan keluar sedikit demi sedikit.
8. Biarkan selama beberapa minit...lame gak la...smpai abis lendiran.
9. Minyak angin resdung disapu dalam hidung.
10. Bayar rm80..pesan bro..3 hari lepas tu dtg lg yea...treatment lg skali.
copyright from man_burn